Tuesday, July 10, 2018

Apa itu AKPK?

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Dengan penyertaan dan penglibatan di dalam sistem kewangan secara efektif boleh meningkatkan kesejahteraan ekonomi individu dan perniagaan. pendidikan kewangan merupakan kunci kepada masyarakat kita bagi mendapat faedah dari sistem kewangan dan teknologi baru yang boleh mengubah lanskap kewangan. 

Untuk membina satu generasi dengan kecekapan kewangan ia harus bermula diperingkat awal. Ini telah menjadi motivasi pada Bank Negara Malaysia dalam membangunkan AKPK untuk menjadi sebuah agensi yang menyediakan pendidikan kewangan kepada pengguna dewasa.  



No comments:

Post a Comment

CHAPTER 2: Power From Your Money